tnc

NESTLÉ OMEGA PLUS 30 Day Challenge
TERMS AND CONDITIONS

A: Schedule to Conditions of Entry

Penganjur Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H]
Promosi Nestlé Omega Plus Cabaran 30 Hari
((Dengan Kerjasama Institute Jantung Negara, Allianz Life Insurance, IJN Foundation))
Tempoh Promosi Dari 1st April 2018 sehingga 30th Sept 2018.
Kelayakan Promosi ini dibuka kepada semua penduduk tetap sah Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi.
Cara Penyertaan
  1. Kunjungi mana-mana roadshow NESTLÉ OMEGA PLUS dan periksa tahap kolesterol anda. Klik untuk lokasi:
  2. Bayar RM2 untuk setiap pemeriksaan. Semua kutipan akan didermakan kepada Yayasan  IJN. Maklumat peribadi (Nama, No MyKad, No Tel. Bimbit) diperlukan untuk tujuan pengesahan.
  3. Beli produk NESTLÉ OMEGA PLUS bernilai RM15 untuk mengambil bahagian dalam cabaran.
  4. Ambil gambar kad kolesterol anda (diberikan semasa roadshow) dan resit pembelian anda. Hantar kedua-duanya bersama nama penuh, nombor MyKad dan nombor telefon bimbit anda ke mana-mana berikut:
    • a) NESTLÉ OMEGA PLUS FB MESSENGER (https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus/)​
    • b) Laman info di www.myhealthyheart.com.my, dan mulakan cabaran anda!​
  5. Selepas 4 minggu, kunjungi lokasi roadshow yang seterusnya untuk ​ memeriksa tahap kolesterol kedua anda. Kemukakan kad kolesterol dan ​ maklumat peribadi anda bagi tujuan pengesahan.
  6. Anda boleh melengkapkan penyertaan dengan mengambil gambar bacaan kolesterol kedua dan hantar penyertaan anda ke kaedah 3(a) atau 3(b), berdasarkan kaedah penyertaan pemeriksaan pertama.​
Tarikh Tutup Penyerahan akan diproses dan dihakimi setiap bulan. Tarikh akhir penyerahan bulanan adalah pada setiap 30hb atau 31hb , 11:59pm.
Cabaran ini akan berakhir pada 30hb September 2018, 11:59pm
Kriteria Penilaian Berdasarkan peratus tahap kolesterol yang berjaya direndahkan. Pemenang bulanan akan dipilih berdasarkan peratus yang tertinggi setiap bulan. Semua pemenang bulanan akan seterusnya bersaing untuk Hadiah Utama.
Hadiah Semua hadiah adalah ditaja oleh Penganjur, Institut Jantung Negara, dan Allianz Life Insurance.

Hadiah Bulanan: Produk NESTLE OMEGA PLUS dan Pakej IJN Wellness Bernilai RM1,050.00 Hadiah Misteri Bulanan: Hadiah bernilai RM200 untuk 3 penyertaan terpilih
Hadiah Utama: Satu (1) Kereta Baharu dan Insuran Hayat Allianz Bernilai RM80,000 untuk tempoh setahun
Tuntutan hadiah/tarikh penghantaran Hadiah Bulanan: Akhir bulan berikutnya
Hadiah Utama: 31hb Oktober 2018
Syarat Tambahan Pemeriksaan Kedua: Peserta mesti melakukan Pemeriksaan Kedua tidak melebihi 45 hari selepas Pemeriksaan Pertama.

Hadiah Bulanan: Sekiranya terdapat keputusan tertinggi yang sama antara penyertaan, maksimum tiga (3) pemenang yang akan diberi ganjaran. Jikalau ada lebih daripada 3 penyertaan dengan keputusan tertinggi yang sama, pemenang akan dipilih mengikuti urutan penyertaan.

Hadiah Utama: Sekiranya terdapat keputusan yang sama/seri antara penyertaan, Pemeriksaan Ketiga akan dilaksanakan. Peserta yang berjaya menurunkan kolesterol selepas Pemerikaan Kedua akan menjadi Pemenang Utama. Jika tiada penurunan kolesterol selanjutnya, peserta yang dapat mengekalkan tahap kolesterol selepas pemeriksaan kedua akan menjadi Pemenang Utama.

Langkah-langkah yang di-syorkan untuk merendahkan tahap kolesterol adalah (1) Senaman Kerap (5 kali seminggu, 30 minit setiap kali), (2) makanan seimbang – kurangkan makanan bergoreng/makanan laut/makanan berlemak (3) minum Nestlé Omega Plus, 2 hidangan sehari.

Syarat kelayakan ini perlu dibaca sekali dengan Terma dan Syarat Peraduan, dan kedua-duanya tertakluk kepada semua peserta (dan ibu bapa/penjaga jika peserta di bawah umur) yang menyertai promosi ini (dan dirujuk dalam dokumen ini sebagai peserta, anda).

B: Syarat Kemasukan
  1. Pengenalan
    1. Syarat Kemasukan ini hendaklah dibaca bersama dengan Jadual Kemasukan. Jika ada ketidakselarasan antara Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan, maka Jadual Kemasukan akan diguna pakai. Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan secara kolektif dirujuk sebagai "Terma dan Syarat". Setiap istilah yang tidak dinyatakan sebaliknya di sini hendaklah mempunyai maksud seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kemasukan. Istilah yang ditetapkan akan digunakan secara tunggal atau majmuk seperti mana yang berkenaan.
    2. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa notis terlebih dahulu, dan tanpa apa-apa tanggungan kepada mana-mana orang, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi dalam keseluruhannya atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat perubahan pada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan mereka yang berterusan dalam Promosi ini akan menjadi penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (seperti yang telah diubah).
    3. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promosi termasuk penghakiman dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan selepas itu.
  2. Syarat-syarat penyertaan
    1. Dengan mengemukakan penyertaan untuk Promosi, Peserta disifatkan telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat.
    2. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Promosi, termasuk tanpa batasan, telekomunikasi, rangkaian, Perkhidmatan Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain dan belanja luar yang mungkin ditanggung oleh Peserta semasa atau berkaitan dengan Promosi akan ditanggung oleh Peserta sepenuhnya.
    3. Bukti penyerahan bukanlah bukti penerimaan dan Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kelewatan, hilang, rosak dan/atau tidak menerima penyerahan.
  3. Kelayakan
    1. Penganjur boleh meminta Peserta untuk memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi termasuk tanpa had, dokumen pengenalan, dan persetujuan bertulis ibu bapa/penjaga sah dalam kes Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun.
  4. Tidak Layak
    Kumpulan berikut tidak layak menyertai Promosi:
    (a) Kakitangan Penganjur dan kumpulan syarikat dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka); dan
    (b) Pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Promosi dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).
  5. Hilang kelayakan
    1. Penyertaan berikut akan hilang kelayakan:
      (a) penyertaan tidak jelas, tidak lengkap, salinan tidak dapat dibaca atau tidak betul; dan/atau
      (b) penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkenaan.
    2. Di samping itu, Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
      (a) telah atau cuba untuk melemahkan operasi Promosi melalui penipuan dan/atau
      (b) tidak layak atau tidak dapat memberikan bukti kelayakan untuk menyertai
      Promosi untuk pengesahan oleh Penganjur apabila diminta.
    3. Sekiranya berlaku kehilangan kelayakan selepas Hadiah telah dianugerahkan, pihak Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilai yang sama dgn nilai hadiah daripada Peserta yang tidak layak.
  6. Hadiah
    1. Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta yang gagal menerima Hadiah mengikut Tarikh Tuntutan / Penyerahan Hadiah dalam apa jua keadaan. Penganjur berhak untuk memutuskan berkenaan Hadiah yang tidak ditebus.
    2. Hadiah tidak boleh dipindahkan, ditukarkan atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk atau cara lain selain yang dinyatakan oleh Penganjur.
    3. Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Kemasukan berhubung dengan Hadiah adalah menjadi tanggungjawab Peserta.
    4. Semua Hadiah perlu diambil mengikut terma dan syarat Penganjur, ejen, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah.
    5. Hadiah diberikan berdasarkan "sebagaimana ia". Hadiah itu akan digunakan/diambil sepenuhnya pada risiko Peserta dan Penganjur mengecualikan sebarang waranti dan liabiliti yang berkaitan dengan Hadiah sehingga setakat yang dibenarkan oleh undang-undang
    6. Hadiah mesti dituntut secara sendiri kecuali Penganjur menetapkan mod tuntutan lain.
  7. Publisiti
    Penganjur boleh menggunakan penyertaan Peserta termasuk tanpa batasan, foto, lukisan, teks, dan apa-apa kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Promosi (secara kolektif "Bahan"), dan nama Peserta, dan/atau yang sama, untuk pengiklanan, publisiti dan promosi apa-apa barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk masa yang tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan semua perkara yang perlu untuk memberi kesan kepada perkara ini jika diminta oleh Penganjur.
  8. Hak Harta Intelek
    Peserta bersetuju bahawa semua hak harta intelek dalam apa-apa kandungan dan/atau bahan-bahan yang dikemukakan, dibuat atau diwujudkan oleh Peserta berkaitan dengan Promosi dan apa-apa karya derivatif yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat terletak hak, ditugaskan dan dimiliki oleh Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan dan mengubahsuai bahan atau kerja sedemikian dengan cara yang difikirkannya sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan semua hak yang terhadap bahan atau kerja tersebut.
  9. Pampasan
    Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi, melepaskan dan memelihara Penganjur, syarikat induk, anak syarikat atau syarikat berkaitan yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 ("Kumpulan Nestlé Malaysia"), pengarah, pegawai, pekerja, ejen, penaja dan/atau wakil terhadap mana-mana dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan ganti rugi (termasuk ganti rugi khas, tidak langsung dan berbangkit) yang timbul daripada atau berlaku akibat penyertaan Peserta dalam Promosi, penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan Peserta kemasukan dan/atau kesamaan berkaitan dengan Promosi atau pelanggaran Terma dan Syarat.
  10. Batasan Liabiliti
    1. Penyertaan Peserta dalam Promosi adalah diatas risiko Peserta sendiri.
    2. Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, pekerja, agen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap Peserta untuk kehilangan atau kerosakan yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi tidak langsung atau berbangkit, atau kecederaan individu yang ditanggung atau dialami oleh Peserta berikutan penglibatan Peserta dalam Promosi, termasuk penebusan dan/atau penggunaan Hadiah yang dimenangi.
  11. Umum
    1. Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa-apa kewajipan berkenaan dengan Promosi dan Terma dan Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian akibat keadaan di luar kawalan dan tidak akan bertanggungjawab untuk memberi ganti rugi kepada Peserta dalam apa jua cara sekalipun dalam keadaan sedemikian.
    2. Mana-mana nama, tanda dagangan atau logo yang digunakan dan atau diterbitkan semula dalam apa-apa bahan (termasuk bahan pemasaran dan promosi) berkaitan dengan Promosi ini, khususnya yang berkaitan dengan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Promosi dan Penganjur adalah tidak mempunyai afiliasi, sokongan atau tajaan, dengan mana-mana pemilik, kecuali sekiranya dimaklumkan, dan pemilik-pemilik bukan sebahagian daripada kumpulan syarikat Penganjur.
    3. Peserta tidak berhak menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Pihak Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan keseluruhan atau mana-mana bahagian haknya di bawah ini kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang ditentukan oleh Penganjur.
    4. Ketidaksahihan, ketidaksahan atau kegagalan kuatkuasa apa-apa istilah di bawah ini tidak akan menjejaskan keseluruhan Terma dan Syarat Promosi.
    5. Term dan Syarat untuk Promosi ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
    6. Terma dan Syarat Peraduan hendaklah ditafsirkan, ditadbir dan diterjemahkan mengikut undang-undang Malaysia.
  12. Notis Privasi
    1. Dengan menyertai Promosi, anda telah bersetuju Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberi sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “Kami”) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Penebusan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
    2. Penganjur juga boleh mengambil maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan Penebusan mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa Penebusan, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekirannya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.
    3. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.
    4. Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.
    5. Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk penyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi Privasi kami dihttp://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.
    6. Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami dihttp://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.
    7. Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau borang web: https://www.nestle.com.my/contactus. Atau hubungi kami: 1-800-88-3433.
    8. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Penebusan, dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.
    9. Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa. Kami mungkin memerlukan anda mengemukakan Maklumat Peribadi Sensitif anda (seperti data yang berkaitan dengan kesihatan fizikal atau mental anda, termasuk bacaan kolestrol sekiranya anda memohon untuk menyertai Promosi. Kami hanya akan menggunakan Maklumat Peribadi Sensitif anda bagi tujuan spesifik yang berkaitan dengan Promosi. Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan Maklumat Peribadi Sensitif anda atau membatalkan kebenaran anda kepada kami untuk memproses Maklumat Peribadi Sensitif anda. Bagaimanapun, kegagalan untuk mengemukakan Maklumat Peribadi Sensitif ini atau pembatalan kebenaran anda untuk memproses Maklumat Peribadi Sensitif anda yang dikemukakan, akan mungkin mengakibatkan kami tidak dapat memproses penyertaan anda dalam Promosi.