BERUBAHLAH DEMI JANTUNG LEBIH SIHAT!

TENTANG KOLESTEROL​

Kolesterol adalah komponen penting bahan penting untuk badan kita berfungsi.

Ia adalah sebatian lekit yang beredar melalui saluran darah dan digunakan untuk menghasilkan sel, hormon, dan vitamin D. Ia juga memainkan peranan penting untuk menyokong pergerakan sel. Disebabkan oleh tekstur lekitnya, kolesterol tidak boleh larut di dalam darah. Ia bergabung dalam ‘pakej’ yang dikenali sebagai lipoprotein yang membawa kolesterol di dalam saluran darah.​

Terlalu banyak kolesterol di dalam darah boleh menyebabkan penyakit jantung dan penyakit aliran darah, sebab itulah penting untuk mengikuti diet yang sihat dan bersenam dengan kerap untuk menjaga kesihatan jantung.

  • Terdapat dua jenis kolesterol yang utama:
    1. LDL(lipoprotein berkepadatan rendah) selalunya dikenali sebagai kolesterol ‘tidak baik’ boleh berkumpul di dinding pembuluh darah dan membuatkan ia tersumbat dan mengakibatkan peningkatan risiko penyakit jantung.​
    2. HDL(lipoprotein berkepadatan tinggi) dikenali sebagai kolesterol ‘baik’ mengeluarkan LDL daripada pembuluh darah dan membawanya melalui saluran darah ke dalam hati. Hati kemudian merungkaikannya dan mengeluarkannya daripada badan.​
  • Apabila badan anda mempunyai terlalu banyak kolesterol LDL, ia akan terhasil pada dinding pembuluh darah anda. Penghasilan itu disebut “plak”.
  • Semakin banyak terhasilnya plak, bahagian dalam pembuluh semakin sempit, menyekat laluan aliran darah ke dan daripada jantung anda dan ke organ-organ yang lain. Apabila aliran darah kepada jantung tersekat, ia boleh menyebabkan serangan jantung
  • SUSU NESTLÉ OMEGA PLUS®

  • PEK UHT NESTLÉ OMEGA PLUS®

  • NESTLÉ OMEGA PLUS® SUSU DENGAN OAT

Anda juga mungkin berminat:

BERUBAHLAH
DEMI
JANTUNG A
LEBIH SIHAT!