• Apakah itu kolesterol?

    Kolesterol adalah sebatian lemak lekit dihasilkan oleh hati yang berlaku secara semulajadi di dalam badan. Ia juga boleh ditemui dalam makanan yang kita makan. Semua orang mempunyai dan memerlukan kolesterol kerana ia membantu hormon, sel dan membran untuk berfungsi.

  • Kenapa saya perlu ambil berat tentang kolesterol?

    Terlalu banyak kolesterol dalam badan anda bermakna anda mempunyai risiko penyakit jantung. Terlalu banyak kolesterol boleh menyebabkan kolesterol berkumpul di dinding arteri yang membawa darah ke jantung anda. Pengumpulan ini berlaku masa demi masa dan menyebabkan penyumbatan atau menyempitkan laluan darah untuk mengalir yang dapat mengakibatkan kekurangan oksigen ke jantung anda.

  • Apakah perbezaan antara kolesterol ‘baik’ dan ‘tidak baik’?

    HDL (kepadatan tinggi lipoprotein) dikenali sebagai kolesterol ‘baik’. HDL membawa kolesterol ‘tidak baik’ keluar dari darah anda dan menghalangnya daripada terkumpul di arteri. LDL (kepadatan rendah lipoprotein) juga dikenali sebagai kolesterol ‘tidak baik’ kerana ia boleh terkumpul pada dinding arteri anda dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Apabila anda membuat pemeriksaan, pastikan tahap HDL anda tinggi dan tahap LDL anda rendah.

  • Berapa banyak kolesterol yang dianggap tinggi?

    Tahap kolesterol yang disarankan adalah di bawah 200 mg/dLKolesterol HDL mengurangkan risiko penyakit jantung anda, sebab itulah tahapnya perlu tinggi. Tahap yang kurang daripada 40 mg/dL dianggap sebagai faktor risiko besar untuk penyakit jantung. Tahap HDL 60 mg/dL atau lebih bantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Tahap trigliserida yang agak tinggi (150 – 199) atau (200 atau lebih) mungkin memerlukan rawatan.

    Jumlah Kolesterol Kategori
    Kurang daripada 200 Ideal
    200-239 Agak Tinggi
    240 dan ke atas Tinggi
    Kolesterol LDL Kategori Kolesterol LDL
    Kurang daripada 100 Optimum
    100-129 Hampir optimum
    melebihi optimum
    130-159 Agak Tinggi
    160-189 Tinggi
    190 dan ke atas Sangat tinggi

  • Bolehkah saya mengurangkan risiko penyakit jantung jika saya mengurangkan kolesterol saya?

    Risiko penyakit jantung boleh dikurangkan apabila anda mempunyai jumlah tahap kolesterol rendah dan tahap LDL yang rendah

ANDA TIDAK JUMPA JAWAPAN ANDA?
HUBUNGI KAMI SEGERA

Maklumkan kami tentang diri anda!

JIKA Anda membutuhkan dukungan

Hubungi kami