BERUBAHLAH DEMI JANTUNG LEBIH SIHAT!

LANGKAH-LANGKAH MUDAH UNTUK MEMULAKAN AMALAN JANTUNG SIHAT ANDA​

Terdapat pelbagai cara mudah untuk mengawal dan mengatur jantung yang sihat:

•Kurangkan pengambilan makanan berlemak tidak baik: Produk tenusu potongan berlemak pada daging, mentega, minyak babi, minyak sapi, makanan berproses seperti pizza beku, biskut, keropok dan sapuan roti.

•Pengambilan makanan berlemak sihat: Ikan berlemak (salmon, tenggiri, tuna), minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak kacang tanah, avokado, kekacang dan sebagainya.

•Lebihkan serat mudah larut: bijirin penuh seperti oat dan barli, buah-buahan (jambu batu, pear, kekacang dan kacang kuda), sayur-sayuran seperti brokoli dan lobak merah. Makanan berasaskan tumbuhan sentiasa bagus untuk anda.

•Banyakkan makan ikan: Ikan seperti tenggiri, salmon, tuna, sardin segar dan sebagainya, kaya dengan lemak asid Omega 3.

•Kurang garam, gula dan alkohol: Pengambilan garam yang tinggi menaikkan tekanan darah. Gula adalah penyebab kenaikan berat badan dan obesiti. Alkohol pula menyebabkan kerosakan hati dan tekanan darah tinggi.

•Tambahkan fitosterol dalam diet anda: Makanan berasaskan tumbuhan seperti kacang soya, canola, biji benih, bijirin dan kekacang.

•Aktiviti fizika: Aktiviti fizikal yang konsisten dapat membantu anda mengawal berat badan dan merendahkan tahap kolesterol LDL, memperbaiki kecergasan jantung dan paru-paru anda. Senaman sederhana selama ​ 30 minit diperlukan dalam sehari. Aktiviti ini boleh dilakukan ​ dengan berjalan pantas atau berenang.

  • SUSU NESTLÉ OMEGA PLUS®

  • PEK UHT NESTLÉ OMEGA PLUS®

  • NESTLÉ OMEGA PLUS® SUSU DENGAN OAT

Anda juga mungkin berminat:

BERUBAHLAH
DEMI
JANTUNG A
LEBIH SIHAT!