BERUBAHLAH DEMI JANTUNG LEBIH SIHAT!

GAYA HIDUP & SENAMAN​

Sekiranya anda tiada masa untuk bersenam dan mengamalkan diet ketat, pilihlah untuk menjadi aktif secara fizikal dan mengambil makanan sihat secara konsisten untuk menjaga kesihatan jantung.

Gantikan tabiat harian diet dan senaman kepada yang lebih baik dengan cara senang serta tidak mengambil masa yang lama.

•    Gunakan tangga daripada lif.​

•    Berjalan ke jabatan lain di dalam pejabat daripada menggunakan telefon atau emel untuk berhubung.

•    Kerja rumah adalah senaman yang bagus kerana ia menaikkan kadar degupan jantung.

•    Berhenti merokok – kajian menunjukkan merokok mengurangkan kolesterol baik HDL dan menyebabkan ketidakseimbangan tahap kolesterol anda.

•    Makanan berserat – ia akan mengenyangkan anda dalam tempoh yang lama serta kajian membuktikan bijirin seperti barli dapat mengurangkan kolesterol.​

•    Makanan kekacang – kajian seluruh dunia mendapati pengambilan 1½ kepada 3½ hidangan kekacang sekurang-kurangnya 5 kali seminggu sebagai sebahagian daripada amalan diet kesihatan jantung dapat merendahkan tahap kolesterol dan LDL atau kolesterol tidak baik secara keseluruhan.

Kedua-dua diet dan aktiviti fizikal adalah kunci kepada pengurangan tahap ​kolesterol anda. Kawalan pengambilan hidangan adalah penting untuk ​memastikan tahap kolesterol anda tidak naik. Perubahan ini mungkin bukan ​sasaran kecergasan atau pengurangan berat badan anda tetapi ia dapat ​membantu jantung anda. Kumpulkan semua ini dan anda dapat senaman ​selama 40 minit dan diet rendah lemak untuk sehari.

  • SUSU NESTLÉ OMEGA PLUS®

  • PEK UHT NESTLÉ OMEGA PLUS®

  • NESTLÉ OMEGA PLUS® SUSU DENGAN OAT

Anda juga mungkin berminat:

BERUBAHLAH
DEMI
JANTUNG A
LEBIH SIHAT!